Muhammad bin Abdullah (Arab/Jawi: محمد بن عبد الله; disebut [mʊħɑmmæd] ( dengar)) (570 M-8 Jun 632 M)[1] merupakan nabi dan rasul yang terakhir bagi umat
Islam.[2] Lebih dikenali sebagai Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam (Arab/Jawi: نبي محمد صلى الله عليه وسلم), baginda juga adalah pemimpin yang menyatukan Semenanjung
Arab kepada satu tatanegara di bawah pemerintahan Islam.[3] Muhammad dianggap oleh umat Islam sebagai pemulih keimanan monoteistik ajaran nabi-nabi terdahulu yang dibawa oleh Nabi Adam, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan nabi-nabi yang lain.[4][5][6][7]
Dilahirkan di Makkah, Semenanjung
Arab,[8][9] baginda adalah anak yatim piatu sejak kecil lagi dimana baginda dijaga oleh datuknya, Abdul Muttalib bin Hasyim dan seterusnya bapa saudara baginda, Abu Talib bin Abdul Muttalib.
Baginda juga pernah bekerja sebagai pengembala kambing dan saudagar serta
perkahwinan pertamanya adalah ketika berusia 25 tahun dimana baginda telah bernikah dengan Khadijah binti Khuwailid (40 tahun). Ketika Muhammad berumur 40 tahun, baginda telah menerima wahyu yang pertama daripada Tuhan melalui malaikat Jibrilketika sedang berada di Gua Hira. Tiga tahun
setelah kejadian itu, baginda mula berdakwah secara terbuka kepada penduduk
Makkah dengan mengatakan "Tuhan itu Esa" dan hendaklah menyerahkan
diri sepenuhnya kepada Allah (secara harfiahnya
membawa maksud Islam) dan ia adalah satu cara hidup (الدين ad-Din) yang diterima Allah sahaja.
Muhammad menerima beberapa orang pengikut
pada awalnya yang terdiri daripada pelbagai golongan. Ajaran yang dibawa oleh
baginda mendapat tentangan yang hebat dalam kalangan penduduk Makkah malahan
mereka dilayan dengan teruk dan zalim. Oleh itu, Muhammad telah menghantarbeberapa
orang pengikutnya ke Habsyah pada 614 M sebelum baginda dan pengikutnya lain di Makkah berhijrah ke Madinah (dahulu dikenali sebagai Yathrib) pada tahun 622 M. Peristiwa penghijrahan Muhammad itu menandakan permulaan bagi kalendar Islam atau takwim Hijrah. Di Madinah, Muhammad telah menyatukan semua suku kaum
dibawah Piagam Madinah.
Setelah bersengketa dengan penduduk Makkah selama 8 tahun, baginda membawa
10,000 pengikutnya ke Makkah serta menakluknya.
Muhammad dan para pengikutnya telah memusnahkan patung berhala yang terdapat di
Makkah.[10] Pada tahun 632 M, beberapa bulan selepas peristiwa Haji Wida atau Haji
Perpisahan, Muhammad telah jatuh sakit lalu wafat. Ketika kematiannya, hampir
seluruh Semenanjung Arab berada di bawah naungan Islam dan bersatu dengan tatanegara Islam.[11][12]
Isi kandungan
·
9 Hijrah
|
Baginda lahir dari Keturunan Quraisy
(Bahasa Arab قريش). Nabi Muhammad telah diputerakan di Makkah, pada hari Isnin, 12 Rabiulawal (20 April571M). Ibu baginda, iaitu Aminah
binti Wahab, adalah anak perempuan kepada Wahab bin Abdul Manaf dari
keluarga Zahrah. Ayahnya, Abdullah, ialah anak kepada Abdul Muthalib.
Keturunannya bersusur galur dari Nabi Ismail, anak kepada
Nabi Ibrahim kira-kira dalam keturunan keempat puluh.
Ayahnya telah meninggal sebelum kelahiran
baginda. Sementara ibunya meninggal ketika baginda berusia kira-kira enam
tahun, menjadikannya seorang anak yatim piatu. Menurut tradisi keluarga atasan Mekah, baginda telah dipelihara oleh seorang
ibu angkat(ibu susu:-wanita yang menyusukan baginda) yang bernama Halimahtus
Sa'adiah حلمة السعديه di kampung halamannya di
pergunungan selama beberapa tahun. Dalam tahun-tahun itu, baginda telah dibawa
ke Makkah untuk mengunjungi ibunya. Setelah ibunya meninggal, baginda dijaga
oleh datuknya, Abdul Muthalib. Apabila datuknya meninggal, baginda dijaga oleh
bapa saudaranya, Abu Talib. Ketika
inilah baginda sering kali membantu mengembala kambing-kambing bapa saudaranya
di sekitar Mekah dan kerap menemani bapa saudaranya dalam urusan perdagangan ke
Syam (Syria).
Sejak kecil, baginda tidak pernah
menyembah berhala dan tidak pernah terlibat dengan kehidupan sosial arab
jahiliyyah yang merosakkan dan penuh kekufuran
Dalam masa remajanya, Nabi Muhammad
percaya sepenuhnya dengan keesaan Allah. Baginda hidup dengan cara amat
sederhana dan membenci sifat-sifat angkuh dan bongkak. Baginda menyayangi
orang-orang miskin, para janda dan anak-anak yatim serta berkongsi penderitaan
mereka dengan berusaha menolong mereka. Baginda juga menghindari semua
kejahatan yang menjadi amalan biasa di kalangan para belia pada masa itu seperti berjudi,
meminum minuman keras,
berkelakuan kasar dan lain-lain, sehingga beliau dikenali sebagai As Saadiq (yang benar) dan Al Amin (yang amanah). Baginda sentiasa dipercayai
sebagai orang tengah kepada dua pihak yang bertelingkah di kampung halamannya
di Mekah.
Kehidupan
·
Di Mekah
·
Sahabat
Kerjaya
·
Diplomat
·
Keluarga
Pewarisan
·
Al-Quran
·
Hadis
Perhubungan
·
Abdi
·
Kristian
Penghormatan
·
Maulud
·
Selawat
·
Naat
·
Berzanji
Sejarah dan mukjizat
Sudut pandangan
·
Kritikan
·
Muslim
·
Kristian
·
Gambaran
·
p
·
b
·
s
|
Ketika berusia kira-kira
25 tahun, ayah saudara baginda menyarankan baginda untuk bekerja dengan kafilah
(rombongan perniagaan) yang dimiliki oleh seorang janda yang bernama Khadijah.
Baginda diterima bekerja dan bertanggungjawab terhadap pelayaran ke Syam (Syria). Baginda mengelolakan urusniaga itu dengan penuh bijaksana dan pulang dengan keuntungan luar biasa.
Khadijah begitu tertarik dengan
kejujuran dan watak peribadinya yang mendorong beliau untuk menawarkan diri
untuk mengahwini baginda. Baginda menerima lamarannya dan perkahwinan mereka
adalah bahagia. Mereka dikurniakan 6 orang anak (2 lelaki dan 4 perempuan)
tetapi kedua-dua anak lelaki mereka, Qasim dan Abdullah meninggal semasa kecil.
Manakala anak perempuan baginda ialah Ruqayyah, Zainab, Ummu Kalsum dan Fatimah az-Zahra.
Khadijah merupakan satu-satunya isterinya sehinggalah Khadijah meninggal pada
usia 64 tahun. Seorang lagi anak baginda adalah hasil perkahwinan baginda
dengan Maria
al-Qibtiyyah. Putera baginda bersama Maria bernama Ibrahim itu juga
meninggal semasa kecil. Menurut rekod Nabi Muhammad mempunyai 13 orang isteri. Isteri-isteri baginda dikenali sebagai
"Ummul Mukminin" yang bermaksud "ibu orang-orang beriman".
·
Al-Harith bin Abdul Muttalib
·
Muqawwam bin Abdul Muttalib
·
Zubair bin Abdul Muttalib
·
Hamzah bin Abdul Muttalib
·
Al-Abbas bin Abdul Muttalib
·
Abu Thalib bin Abdul Muttalib
·
Abdul Kaabah bin Abdul Muttalib
·
Hijl bin Abdul Muttalib
·
Dzirar bin Abdul Muttalib
·
Ghaidaq bin Abdul Muttalib
·
Safiyah binti Abdul Muttalib
·
'Atikah binti Abdul Muttalib
·
Arwa binti Abdul Muttalib
·
Umaimah binti Abdul Muttalib
·
Barrah binti Abdul Muttalib
·
Ummi Hakim al-Bidha binti Abdul Muttalib
Gua Hira tempat pertama kali Nabi Muhammad memperoleh wahyu.
Muhammad telah
dilahirkan di tengah-tengah masyarakat jahiliyah. Ia sungguh menyedihkan
hatinya sehingga beliau kerapkali ke Gua Hira, sebuah gua
bukit dekat Makkah, yang kemudian dikenali sebgai Jabal An Nur untuk memikirkan cara untuk mengatasi gejala yang dihadapi masyarakatnya.
Di sinilah baginda sering berfikir dengan mendalam, memohon kepada Allah supaya
memusnahkan kedurjanaan yang kian berleluasa.
Pada suatu malam, ketika
baginda sedang bertafakur di Gua Hira, Malaikat
Jibril mendatangi Muhammad. Jibril
membangkitkannya dan menyampaikan wahyu Allah di telinganya. Baginda diminta
membaca. Baginda menjawab, "Saya tidak tahu membaca". Jibril
mengulangi tiga kali meminta Muhammad untuk membaca tetapi jawapan baginda tetap
sama. Akhirnya, Jibril berkata:
"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang
Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia
mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya."
Ini merupakan wahyu pertama yang diterima oleh Muhammad. Ketika itu baginda berusia 40 tahun.
Wahyu itu turun kepada baginda dari semasa ke semasa dalam jangka masa 23 tahun.
Siri wahyu ini telah diturunkan menurut panduan yang diberikan Rasulullah dan
dikumpulkan dalam buku bernama Al Mushaf yang juga dinamakan Al-Quran (bacaan). Kebanyakkan ayat-ayatnya mempunyai erti yang jelas. Sebahagiannya
diterjemah dan dihubungkan dengan ayat-ayat yang lain. Sebahagiannya pula
diterjemah oleh Rasulullah sendiri melalui percakapannya, tindakan dan
persetujuan yang terkenal, dengan nama Sunnah. Al-Quran dan al Sunnah digabungkan
bersama untuk menjadi panduan dan cara hidup mereka yang menyerahkan diri
kepada Allah.
Perjuangan dakwah
Rasulullah yang boleh diringkaskan sebagai berikut:
·
Pertama: Marhalah Tasqif - tahap pembinaan
dan pengkaderan untuk melahirkan individu-individu yang menyakini pemikiran (fikrah)
dan metod (thariqah) parti politik guna membentuk kerangka
gerakan.
·
Kedua: Marhalah Tafa’ul ma’al Ummah -
tahap berinteraksi dengan umat agar umat turut sama memikul kewajiban dakwahIslam,
sehingga umat akan menjadikan Islam sebagai panduan utama dalam hidupnya serta
berusaha untuk menerapkannya dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
·
Ketiga: Marhalah Istilamil Hukmi - tahap
pengambilalihan kekuasaan, dan penerapan Islam secara utuh serta menyeluruh,
lalu mengembangkannya sebagai risalah Islam ke seluruh penjuru dunia.
Thalabun Nusrah adalah
detik bersejarah yang dapat dinukil didalam kitab sirah dan merupakan satu
aktiviti penting dalam marhalah kedua perjuangan Rasulullah Lestari atau
tidaknya dakwah ditentukan olehnya kerana keberlangsungan dakwah memerlukan dua
aspek penting:-
·
Pertama, untuk mendapatkan perlindungan
(himayah) sehingga tetap dapat melakukan aktiviti dakwah dalam keadaan aman dan
terlindung.
·
Kedua, untuk mencapai tampuk pemerintahan
dalam rangka menegakkan Daulah Islamiyah (Negara Islam) dan menerapkan hukum-hukum berdasarkan apa yang telah
diturunkan Allah SWT dalam kehidupan bernegara dan bermasyarakat.
Apabila Rasulullah
menyeru manusia ke jalan Allah, tidak ramai yang mendengar seruannya.
Kebanyakkan pengikut baginda adalah dari anggota keluarganya dan dari golongan
masyarakat bawahan, Antara mereka ialah Khadijah, Ali, Zayd dan Bilal. Apabila baginda memperhebat kegiatan
dakwahnya dengan mengumumkan secara terbuka agama Islam yang disebarkannya,
dengan itu ramai yang mengikutnya. Tetapi pada masa, baginda menghadapi
berbagai cabaran dari kalangan bangsawan dan para pemimpin yang merasakan
kedudukan mereka terancam. Mereka bangkit bersama untuk mempertahankan agama
datuk nenek mereka.
Semangat penganut Islam
meningkat apabila sekumpulan kecil masyarakat yang dihormati di Makkah menganut agama Islam.
Antara mereka ialah Abu Bakar, Uthman bin Affan,
Zubair bin Al Awwam, Abdul Rahman bin Auf, Ubaidillah bin Harith, Amr bin
Nufail dan ramai lagi.
Akibat cabaran dari
masyarakat jahiliyah di Mekah, sebahagian orang Islam disiksa, dianiaya,
disingkir dan dipulaukan. Baginda terpaksa bersabar dan mencari perlindungan
untuk pengikutnya. Baginda meminta Negus Raja Habsyah, untuk
membenarkan orang-orang Islam berhijrah ke negaranya. Negus mengalu-alukan
ketibaan mereka dan tidak membenarkan mereka diserah kepada penguasa di Makkah.
Di Makkah terdapat Kaabah yang telah dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. beberapa abad lalu sebagai pusat penyatuan umat untuk beribadat kepada
Allah. Sebelumnya ia dijadikan oleh masyarakat jahiliyah sebagai tempat
sembahyang selain dari Allah. Mereka datang dari berbagai daerah Arab, mewakili
berbagai suku ternama. Ziarah ke Kaabah dijadikan mereka sebagai sebuah pesta
tahunan. Orang ramai bertemu dan berhibur dengan kegiatan-kegiatan tradisi mereka dalam kunjungan
ini. Baginda mengambil peluang ini untuk menyebarkan Islam. Antara mereka yang
tertarik dengan seruan baginda ialah sekumpulan orang dari Yathrib. Mereka
menemui Rasulullah dan beberapa orang Islam dari Mekah di desa bernama Aqabah secara sembunyi-sembunyi. Setelah menganut Islam, mereka bersumpah untuk
melindungi Islam, Rasulullah dan orang-orang Islam Mekah.
Tahun berikutnya,
sekumpulan masyarakat Islam dari Yathrib datang lagi ke Makkah. Mereka menemui
Rasulullah di tempat yang mereka bertemu sebelumnya. Kali ini, Abbas bin Abdul
Muthalib, pakcik baginda yang belum menganut Islam hadir dalam pertemuan itu.
Mereka mengundang baginda dan orang-orang Islam Mekah untuk berhijrah ke
Yathrib. Mereka berjanji akan melayani mereka sebagai saudara seagama. Dialog
yang memakan masa agak lama diadakan antara mayarakat Islam Yathrib dengan
pakcik Rasulullah untuk memastikan mereka sesungguhnya berhasrat mengalu-alukan
masyarakat Islam Mekah di bandar mereka. Rasulullah akhirnya bersetuju untuk
berhijrah beramai-ramai ke bandar baru itu.
Mengetahui ramai
masyarakat Islam merancang meninggalkan Makkah, masyarakat jahiliyah Mekah cuba menghalang mereka. Namun kumpulan pertama telahpun berjaya
berhijrah ke Yathrib. Masyarakat
jahiliyah Mekah bimbang hijrah ke Yathrib akan memberi peluang kepada orang
Islam untuk mengembangkan agama mereka ke daerah-daerah yang lain.
Hampir dua bulan seluruh
masyarakat Islam dari Makkah kecuali Rasulullah, Abu Bakar, Ali dan beberapa orang yang daif, telah berhijrah. Masyarakat Mekah kemudian
memutuskan untuk membunuh baginda. Mereka merancang namun tidak berjaya. Dengan
berbagai taktik dan rancangan yang teratur, Rasulullah akhirnya sampai dengan
selamat ke Yathrib, yang kemudian dikenali sebagai, 'Bandar Rasulullah'.
Di Madinah, kerajaan
Islam diwujudkan di bawah pimpinan Rasulullah Umat Islam bebas mengerjakan solat di Madinah. Musyrikin Makkah mengetahui akan perkara ini kemudiannya
melancarkan beberapa serangan ke atas Madinah tetapi kesemuanya ditangkis
dengan mudah oleh umat Islam. Satu perjanjian kemudiannya dibuat dengan memihak
kepada pihak Quraish Makkah. Walau bagaimanapun perjanjian itu dicabuli oleh
mereka dengan menyerang sekutu umat Islam. Orang Muslim pada ketika ini menjadi
semakin kuat telah membuat keputusan untuk menyerang musyrikin Makkah
memandangkan perjanjian telah dicabuli.
Pada tahun kelapan
selepas penghijrahan ke Madinah berlaku, Nabi Muhammad berlepas ke Makkah.
Tentera Islam yang seramai 10,000 orang tiba di Makkah dengan penuh
bersemangat. Takut akan nyawa mereka terkorban, penduduk Makkah bersetuju untuk
menyerahkan kota Makkah tanpa sebarang syarat. Nabi Muhammad kemudian
mengarahkan supaya kesemua berhala dan patung-patung di sekeliling Kaabah
dimusnahkan.
Perbuatan-perbuatan yang
dilakukan Rasulullah dibagi menjadi dua macam. Ada yang termasuk
perbuatan-perbuatan jibiliyah, iaitu perbuatan yang dilakukan manusia secara
fitri, dan ada pula perbuatan-perbuatan selain jibiliyah. Perbuatan-perbuatan
jibiliyah, seperti berdiri, duduk, makan, minum dan lain sebagainya, tidak ada
perselisihan bahawa status perbuatan tersebut adalah mubah (harus), baik bagi
Rasulullah maupun bagi umatnya. Oleh kerana itu, perbuatan tersebut tidak
termasuk dalam kategori mandub (sunat).
Sedangkan
perbuatan-perbuatan yang bukan jibiliyah, boleh jadi termasuk dalam hal-hal
yang ditetapkan khusus bagi Rasulullah, dimana tidak seorang pun diperkenankan
mengikutinya (haram); atau boleh jadi tidak termasuk dalam perbuatan yang
diperuntukkan khusus bagi beliau. Apabila perbuatan itu telah ditetapkan khusus
bagi Rasulullah, seperti dibolehkannya beliau melanjutkan puasa pada malam hari
tanpa berbuka, atau dibolehkannya menikah dengan lebih dari empat wanita, dan
lain sebagainya dari kekhususan beliau; maka dalam hal ini kita tidak
diperkenankan mengikutinya. Sebab, perbuatan-perbuatan tersebut telah terbukti
diperuntukkan khusus bagi beliau berdasarkan Ijmak Sahabat. Oleh kerana itu
tidak dibolehkan meneladani beliau dalam perbuatan-perbuatan semacam ini.
Akan halnya dengan
perbuatan beliau yang kita kenal sebagai penjelas bagi kita, tidak ada
perselisihan bahawa hal itu merupakan dalil. Dalam hal ini penjelasan tersebut
boleh berupa perkataan, seperti sabda beliau:
صَلُّوْا كَمَا
رَأَيْتُمُوْنِيْ أُصَليِّ
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
“Solatlah kalian sebagaimana kalian melihat aku solat”
خُذُوْا عَنِّيْ
مَنَاسِكَكُمْ
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
"Laksanakan manasik hajimu berdasarkan manasikku (apa yang telah aku kerjakan)"
Hadis ini menunjukkan bahawa
perbuatan beliau merupakan penjelas, agar kita mengikutinya. Penjelasan beliau
bisa juga berupa qaraain al ahwal, yakni qarinah/indikasi yang menerangkan
bentuk perbuatan, seperti memotong pergelangan pencuri sebagai penjelas firman
Allah SWT:
فَاقْطَعُوا
أَيْدِيَهُمَا
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
"Maka potonglah tangan keduanya." (Surah Al-Maidah : 38)
Status penjelas yang
terdapat dalam perbuatan Rasulullah, baik berupa ucapan maupun indikasi yang
menerangkan bentuk perbuatan, dapat mengikuti hukum apa yang telah dijelaskan,
apakah itu wajib, haram, mandub(sunat) atau mubah(harus) sesuai dengan arah
penunjukan dalil.
Sedangkan
perbuatan-perbuatan beliau yang tidak terdapat di dalamnya indikasi yang menunjukkan
bahawa hal itu merupakan penjelas, bukan penolakan dan bukan pula ketetapan.
Maka dalam hal ini perlu diperhatikan apakah di dalamnya terdapat maksud untuk
bertaqarrub (mendekatkan diri kepada Allah) atau tidak. Apabila di dalamnya
terdapat keinginan untuk bertaqarrub kepada Allah maka perbuatan itu termasuk
mandub(sunat), di mana seseorang akan mendapatkan pahala atas perbuatannya itu
dan tidak mendapatkan balasan jika meninggalkannya. Misalnya Solat Duha.
Sedangkan jika tidak terdapat di dalamnya keinginan untuk bertaqarrub, maka
perbuatan tersebut termasuk mubah(harus).
Ketika Rasulullah
mengerjakan ibadah haji yang terakhir, maka pada 9 Zulhijjah tahun 10 hijarah
di Lembah Uranah, Bukit Arafah, baginda menyampaikan khutbah terakhirnya di
hadapan kaum Muslimin, di antara isi dari khutbah terakhir Rasulullah itu
ialah:
"Wahai manusia, dengarlah
baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat
bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan
teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir
disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap
orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu
kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain
tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan
kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu
dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak
mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu.
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga
berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah
wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana
sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu
atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu
tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan
tunaikanlah zakat dari harta kekayaan
kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu
semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali
dalam Taqwa dan beramal soleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan
menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa
yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu
terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat
selama-lamanya. Itulah Al-Qur'an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir
lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah
Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada hamba-hamba-Mu."
·
570M-
Nabi Muhammad dilahirkan.
·
610M-
Nabi Muhammad menerima wahyu pertama di Gua Hira'.
·
619M- Khadijah (isteri nabi) dan Abu Talib (bapa saudara nabi) meninggal dunia. Melawat Taif. Peristiwa Isra dan Mi'raj berlaku.
·
629M- Perang Khaibar dan dalam menentang tentera Rom Byzantine, baginda menghantar tentera Islam dalam Perang Mu'tah.
Comments
Post a Comment